Thursday, August 6, 2009

Invitation Letter

Invitation letter can be download here.

Invitation letter for helper can be download here.


PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA

DAERAH BUKIT MERTAJAM

Wisma Pengakap Bukit Mertajam, 261 Jalan Datuk Ooh Chooi Cheng, 14000 Bukit Mertajam.

Pesuruhjaya Pengakap : En. Tan Sow Sung Telefon : 012-4100545 Faks : 04-5389475

Website: bmjotajoti.blogspot.com


Rujukan Kami : Bil.(15)dlm.PPM/DBM/2009

Tarikh : 1 Ogos 2009

Kepada :

Kumpulan Pengakap/Pandu Puteri/Renjer Puteri,

Sekolah Menengah Yang Berkenaan.

Melalui :

Pengetua,

Sekolah Menengah Yang Berkenaan.

Tuan,

JAMBORI-DI-UDARA DAN JAMBORI-DI-INTERNET SEDUNIA KE 52

52nd WORLD JAMBOREE-ON-THE-AIR (JOTA) & JAMBOREE-ON-THE-INTERNET (JOTI)

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persekutuan Pengakap Malaysia Daerah Bukit Mertajam akan menganjurkan Jambori-Di-Udara dan Jambori-Di-Internet Sedunia Ke 52 yang akan disertai oleh 500,000 orang pengakap dan pandu puteri serentak di seluruh dunia melalui perhubungan radio dan internet. Butir-butir penyertaan adalah seperti berikut :

2. Tarikh : 16 – 18 Oktober 2009 Lapor Diri : 7.00 – 8.00 malam Bersurai : 12.00 tengahari

3. Tempat : Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Sin Ya, Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

4. Bayaran : RM 30.00 setiap peserta.

(Bayaran tidak termasuk makanan harian tetapi gerai jualan makanan halal disediakan)

Peserta akan menerima :

(a) T-shirt JOTA (b) Skaf JOTA (c) Lencana Kain JOTA (d) Lencana Besi JOTA

(e) Lencana Cabaran JOTA (f) Sijil Penyertaan JOTA (g) Kad Penyertaan JOTA Sedunia

(h) Hadiah-hadiah untuk pemenang pelbagai pertandingan

(i) Cenderamata untuk setiap kumpulan pengakap dan pandu puteri

5. Cara Memohon : Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan borang yang dikepilkan.

Sila buat salinan fotostat yang mencukupi.

6. Cara Bayaran : Bayaran boleh dibuat secara Cek, Draf Bank atau Kiriman Pos.

Semua bayaran hendaklah dipalang atas nama Bendahari :

DEBBIE YEO SUE CHEN

Borang yang lengkap dan yuran pendaftaran hendaklah dihantarkan kepada :

DEBBIE YEO SUE CHEN

18, Tingkat Bunga Kekwa,

Taman Kekwa,

14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

012-5179626

7. Tarikh Tutup : 30 September 2009

8. Perhubungan : Untuk keterangan lanjut sila hubungi :

Encik Wan Hock Thiam - 016-4656408

Encik Gooi Chin Chiew - 012-5079626

9. Laman Web : bmjotajoti.blogspot.com

Sekian, atas kerjasama dan sokongan pihak tuan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA MELALUI BERPENGAKAP”

Saya yang menurut perintah,

(WAN HOCK THIAM)

Ketua Kem

Jambori Di Udara Dan Jambori Di Internet 2009

Bukit Mertajam

0 comments: